Program
Misi Kemasyarakatan dan Pendidikan sesi 2017/2018 ini merupakan salah
satu program di bawah Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti
Malaya (PPAKKUM). Ini merupakan kali keempat program yang berkonsepkan
khidmat masyarakat diadakan di mana ianya dikenali sebagai Program
Dekorasi Tabika Kemas dan Khidmat Masyarakat (DEKIM) pada sesi-sesi
sebelum ini. Program Misi Kemasyarakatan dan Pendidikan (MiKP) merupakan
ilham yang diperoleh daripada program DEKIM sebelum ini, di mana pada
kali ini ianya menampilkan kelainan dengan menggabungkan aktiviti
khidmat masyarakat dengan program berbentuk pendidikan yang akan
diadakan bersama murid-murid tadika KEMAS Kampung Gerachi Jaya Kuala
Kubu Bharu, Selangor. Program ini melibatkan mahasiswa/i yang merupakan
ahli Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak sendiri.
Program
Misi Kemasyaratan Dan Pendidikan ini juga dapat merapatkan lagi
mahasiswa/i dengan masyarakat desa serta memberi peluang kepada mereka
untuk menimba pengalaman daripada program yang dianjurkan ini. Tambahan
lagi, program ini dapat memupuk mahasiswa/i bergiat aktif dalam aktiviti
kemasyarakatan, memahami adat resam dan budaya masyarakat setempat
serta membuka ruang kepada mahasisiwa/i untuk menyumbang idea kreativiti
melalui aktiviti yang diadakan bersama murid-murid tadika dan
masyarakat desa. Selain itu, program ini berupaya untuk
menjadi medium kepada mahasiswa/i dalam melaksanakan aktiviti berbentuk
pendidikan kepada murid-murid tadika dengan menganjurkan aktiviti yang
berkonsepkan pendidikan pada tahap awal kanak-kanak seperti aktiviti
bercerita, pertandingan mewarna, pendedahan mengenai pengurusan serta
penjagaan kebersihan diri dan lain-lain lagi.
0 comments:
Post a Comment