Pada 12 Julai 2017, Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah menjadi tetamu untuk Program Santai Bicara bersama-sama dengan Panel Penilai Asean University Network-Quality Assurance (AUN-QA). Seramai 25 orang pelajar PAKK telah terlibat untuk sesi temubual ini. Sesi temubual penilaian program Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini adalah sangat penting untuk pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan untuk mengekalkan kemajuan kualiti program bagi generasi yang akan datang. Sesi temubual ini telah berlangsung di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
* Bersama dengan Mentor Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak,
Profesor Madya Dr. Mariani Md Nor *
* Panel Penilai AUN-QA bersama dengan pelajar PAKK *
0 comments:
Post a Comment