9.12.15

Program Rentak Seni Budaya (SEDAYA) PPAKKUM 2015/2016




Pada 4 Disember 2015, Jumaat telah berlangsungnya Program Rentak Seni Budaya (SEDAYA). Program SEDAYA pada sesi ini mempunyai kelainan berbanding sesi-sesi sebelumnya kerana SEDAYA pada sesi ini diadakan pada waktu malam. Bertempat di Auditorium Fakulti Pendidikan, program yang dikendalikan oleh para pelajar tahun dua adalah untuk mencungkil bakat terpendam dan menyerlahkan lagi bakat yang sedia ada.

        Dengan tema "Mahasiswa Penerus Budaya Bangsa", SEDAYA pada kali ini berjaya mengetengahkan keunikan budaya pelbagai kaum di Malaysia. Program ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan hebat daripada ahli PPAKKUM Tahun 1, 2, 3 dan tidak terkecuali pelajar Tahun 4. Malah, program SEDAYA kali ini juga diserikan lagi dengan persembahan solo daripada pelajar Fakulti Musik UiTM Shah Alam, pelajar Kaunseling dan juga persembahan Boria daripada Kolej Kediaman Ke-4. 

Peserta ke kaunter pendaftaran untuk berdaftar sebelum masuk ke dalam Auditorium
Ucapan daripada Pengarah SEDAYA, Zebyana Maikel
Ucapan daripada YDP PPAKKUM, Ariff Taufik
Ucapan daripada Dekan Fakulti Pendidikan selaku Mentor persatuan dan Perasmi program SEDAYA,
Prof. Madya Dr. Mariani Md Nor
Perasmian Program SEDAYA sesi 2015/2016 oleh Prof. Madya Dr. Mariani Md Nor


Persembahan pembukaan oleh pelajar Tahun 1 PAKK (Persembahan Sketsa dan Dikir Barat)


Persembahan pelajar Tahun 2 PAKK (Persembahan Tarian Sumazau dan Ngajat Tampi)


Persembahan pelajar Tahun 3 PAKK (Persembahan Tarian Bollywood)


Persembahan pelajar Tahun 4 PAKK (Persembahan nyanyian)


Persembahan Boria Kolej Kediaman ke-4


Persembahan pelajar Kaunseling


Pertandingan peragaan pakaian Tradisional


Pemenang pertandingan peragaan pakaian Tradisional kategori lelaki daan perempuan


Kesemua peserta yang hadir pada malam Program Sedaya sesi 2015/2016


Barisan Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana Program SEDAYA sesi 2015/2016


Pelajar Tahun akhir yang turut memeriahkan lagi Program SEDAYA sesi 2015/2016






#PAKK_HEBAT !

1 comments:

Matta said...

Cayalah SEDAYA!