Pada 24 September hingga 2 Oktober 2012 seramai 24 orang ahli persatuan telah berangkat ke Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), Bandung bagi menjayakan lawatan sambil belajar di sana bersama pengiring dan mentor PPAKKUM. Program ini melibatkan kerjasama dengan pihak UPI. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman dan menilai sistem pendidikan awal kanak-kanak di Indonesia untuk diaplikasikan di Malaysia sekaligus memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari kaedah pengajaran dan pembelajaran prasekolah yang berbeza di Indonesia.
Semoga segala pengetahuan dan pengalaman baru yang ditimba dari sana akan menjadi sesuatu yang bermanfaat untuk dibawa pulang ke Malaysia. Ia juga adalah sesuatu yang sangat berharga dan perlu dikongsi bersama. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak.
PAKK cemerlang, UM gemilang!!!
Di sekolah dasar
Perbincangan dua hala di antara pelajar PPAKKUM & UPI bagi melancarkan program.
Antara peserta PPAKKUM yang terlibat.
Bersama mentor tersayang Prof Madya Dr Mariani di hadapan Fakultas Ilmu Pendidikan.
Bergambar kenangan bersama-sama warga UPI yang banyak membantu semasa ahli PPAKKUM berada di sana.
. Bandung best! PAKK mantap!
Kami adalah bakal pendidik awal kanak-kanak yang akan sentiasa bersama PAKK ^^
0 comments:
Post a Comment