20.8.11

LAWATAN DOKUMENTASI DATA ASAS PENDIDIKAN KE SARAWAK (LDPS) I

Lawatan dokumentasi data asas pendidikan ke Sarawak (LDPS) bertarikh 13 Julai hingga 18 Julai 2011 yang bertemakan "Pendidik Cemerlang, Kanak-kanak Gemilang, Masyarakat Terbilang". Program ini diadakan di Serian, Sarawak.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk meninjau keadaan prasekolah di tempat lain selain dari di Semenanjung sesuai dengan kepakaran pelajar dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya dengan agenda yang bermanfaat dan memberi banyak faedah kepada semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Program LDPS juga dapat mendekatkan lagi mahasiswa dengan masyarakat luar dan kanak-kanak yang berada di pedalaman serta memberi peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman daripada program yang dianjurkan ini. Dalam masa yang sama, program ini dapat memupuk mahasiswa untuk terlibat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-royong, serta memahami adat resam serta budaya masyarakat bumi di bawah bayu ini.

Program ini disertai oleh 30 orang ahli Persatuan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya, 5 orang ahli Persatuan Kaunseling Universiti Malaya dan 5 orang pengiring. Mentor Persatuan merangkap pemantau iaitu Prof. Madya Dr. Mariani Md Noor dan pengarah bagi program ini ialah Agnes anak Albert Mansau.

Ini adalah antara gambar-gambar yang dirakamkan semasa berada di sana.






















Lagi gambar post seterusnya.





_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

0 comments: