Lawatan dokumentasi data asas pendidikan ke Sarawak (LDPS) bertarikh 13 Julai hingga 18 Julai 2011 yang bertemakan "Pendidik Cemerlang, Kanak-kanak Gemilang, Masyarakat Terbilang". Program ini diadakan...
Menjadi persatuan yang melahirkan mahasiswa cemerlang di dalam akademik dan kokurikulum, membentuk insan yang seimbang, harmoni dalam elemen JERI dan kemasyarakatan melalui pemantapan serta penerapan kemahiran insaniah
Misi:
Melahirkan graduan Pend. Awal Kanak-Kanak yang dapat memimpin, mengurus dan mentadbir pelbagai bidang dengan berkesan, cekap dan cemerlang
Melahirkan graduan Pend. Awal Kanak-Kanak yang berdaya saing dalam pelbagai bidang dan mempunyai sahsiah mulia dan terpuji
Melahirkan graduan Pend. Awal Kanak-Kanak yang mempunyai hubungan baik dan mesra dengan pentadbiran fakulti dan komuniti
Menonjolkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran kepimpinan dan berkebolehan mengendalikan projek
Membentuk mahasiswa yang berkemahiran dalam kerja berpasukan
Menjadikan mahasiswa unggul di dalam bidang akademik dan aktiviti kemasyarakatan selari dengan 8 elemen kemahiran insaniah
Memastikan kewujudan suasana yang kondusif ke arah kecemerlangan kebajikan dan perpaduan secara berterusan