22.3.17

TEASER FANZTALE 22 !!!







[FANZTALE 22nd CENTURY] pernah dengar ape itu fanztale?????
ingin tahu rahsia disebalik fanztaleπŸ’πŸ»??
jom sama-sama kite saksikan FANTALEZ!!!πŸŽ‰πŸŽ‰ Info kepada anda semua !!!πŸ”ŠπŸ”ŠπŸ”Š FANZTALE nie hasil gabungan [fairytale n 22nd century] yang akan membawa satu perubahan yang besar dan suasana yang gempakkk kepada anda!!! Juga mengimbau kembali zaman kanak-kanak anda. .

apa yang ada dalam fanztale ek???
.
.
.
MACAM-MACAM ADAAAAAAAA !!! Banyak persembahan yang menarik menanti anda semuaaa !!!
ada nyanyian solo,πŸŽ™ band,🎡 persembahan tarianπŸ’ƒπŸ», sketsa dan banyak lagii

Jom sama-sama sertai kami !!! Anda boleh dapatkan tiket masuk & makanan dengan harga RM5 sahaja pada minggu ini !!! Tapi kat mane???bile???pukul berape????πŸ™‡πŸ»πŸ™‡πŸ» 🏠*Tempat: di Auditorium utama fakulti pendidikan* πŸ—“*Tarikh: 29 mac 2017* πŸ•£*Masa: 7:30 pm -11:00pm*

Jumpa anda di sana yaa !!!πŸŽ‰
#PPAKKUM1617 #IntelligentIntegrityInfluence #SEDAYA1617 #FANZTALE22

14.3.17

Program "Team Building" Barisan Kepimpinan PPAKKUM

Pada 11 hingga 12 Mac yang lepas, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya telah menganjurkan Program "Team Building" Barisan Kepimpinan di Nur Lembah Pangsun, Selangor. Program ini adalah dipimpin oleh saudari Syakirah Binti Ruslan.

Tujuan penganjuran program ini adalah untuk membentuk barisan kepimpinan Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya yang berkualiti dan proaktif. Matlamatnya ialah menjadikan tonggak utama kepimpinan PPAKKUM mampu mengendalikan persatuan dengan lebih efisien dan berketerampilan serta dapat mewujudkan hubungan yang lebih erat dan saling berkerjasama di antara barisan kepimpinan yang telah dilantik bagi sesi 2016/2017.

Melalui program ini, barisan kepimpinan dapat melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan dan secara langsung dapat menimba ilmu yang bermanfaat kepada semua yang terlibat. Di samping itu, menerusi program ini, pengalaman yang ditimba dapat menjadi bekalan ilmu yang dapat digunakan apabila memasuki alam pekerjaan kelak.

Pebagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program dijalankan. Berikut merupakan tentatif untuk Program "Team Building" Barisan Kepimpinan di Nur Lembah Pangsun.

Hari Pertama: 11 Mac 2017 (Sabtu)

6.45 a.m    : Berkumpul di UM Sentral
7.00 a.m    : Bertolak ke Nur Lembah Pangsun
7.45 a.m    : Dijangka tiba di Nur Lembah Pangsun
8.00 a.m    : Majlis Perasmian Program "Team Building" Barisan Kepimpinan PPAKKUM
8.45 a.m    : Ice Breaking
9.30 a.m    : Minum pagi
10.00 p.m  : Explorace
12.00 p.m  : LDK 1
1.30 p.m    : Makan tengah hari dan solat zohor
2.15 p.m    : Kayaking
4.00 p.m    : Sukaneka @ LDK 2
5.00 p.m    : Solat Asar dan minum petang 
5.40 p.m    : LDK 3
6.30 p.m    : Makan malam, persiapan diri dan solat maghrib
7.45 p.m    : LDK 4
8.45 p.m    : Solat isyak
9.15 p.m    : Night walk
12.00 a.m  : Minum malam (supper)
12.30 a.m  : Rehat dan tidur

Hari Kedua: 12 Mac 2017 (Ahad)

5.30 a.m   : Persiapan diri dan solat subuh 
6.30 a.m   : Senaman pagi
7.15 a.m   : Sarapan 
7.45 a.m   : Jungle Trekking
11.30 p.m : LDK 5
1.30 p.m   : Makan tengah hari dan solat zohor
2.30 p.m   : Persiapan majlis penutup
2.45 p.m   : Majlis Penutup Program "Team Building" Barisan Kepimpinan PPAKKUM
4.00 p.m   : Bertolak ke Universiti Malaya


 Sesi Taklimat

 Majlis Perasmian Pembukaan

Majlis Perasmian Pembukaan

Explorace

Explorace

Explorace

Sukaneka
 Sukaneka

 Aktiviti membuat kayak

 Aktiviti Berkayak

Jungle Trekking

2.3.17

Pertandingan Mereka Baju t-shirt dan Baju Korporat PPAKKUM






Assalamualaikum dan salam sejahteraπŸ€—

Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak telah mengadakan Pertandingan Mereka Baju t-shirt dan Baju Korporat PPAKKUM. πŸŽ‰πŸŽ‰
Setiap tahun diminta menyertai pertandingan ini. πŸ’•πŸ’•

Elemen dan kriteria yang perlu ada di atas baju tshirt dan baju korporat:
1. Logo PPAKKUM
2. Logo UM
3. URL Blog PPAKKUM (www.um-eces.blogspot.com)
4. URL website UM (www.um.edu.my)
5. Perkataan: Early Childhood Education Society

**logo persatuan boleh dapatkan dari exco teknikal atau mana-mana majlis tertinggi atau exco-exco persatuan

Rekaan baju perlu dihantar dalam bentuk Ai atau Ps bersama dengan bentuk pdf. 😎😎

Tarikh untuk hantar rekaan baju adalah pada 12pm hari 12 Mac 2017(Ahad).
Email kepada:  rouyipxy@live.com

Semoga berjaya. 😊😊😊

24.9.16

Program Interaksi 2016/2017

Pada 15 hingga 17 September yang lalu telah berlangsungnya program turun temurun bagi Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya iaitu Program Interaksi yang diadakan di Kela Adventure Camp, Raub Pahang. Program Interaksi kali ini telah dipimpin oleh Saudara Aiman.

   Objektif Program Interaksi kali ini adalah intuk memberi peluang kepada ahli-ahli Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya untuk saling mengenali antara satu sama lain. Selian itu, menerusia program ini dapat memberikan maklumat dan pengalaman perkhemahan yang berasaskan kerjasama dan bertolak ansur kepada ahli persatuan. Manakala, objektif terakhir ialah membina kekuatan mental dan fizikal ahli persatuan melalui aktiviti lasak untuk diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
    
   Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program berlangsung. Berikut adalah tentatif Program Interaksi di Kela Adventure Camp :

Tarikh: 15 September 2016 (Khamis)
06.30 pagi                 : Berkumpul di UM Sentral
07.00 pagi                 : Bertolak ke Kela Adventure Camp
10.30 pagi                 : Dijangka tiba di Kela Adventure Camp
11.00 tengahari         : Majlis perasmian Program Interaksi PPAKKUM2016/2017
12.30 tengahari         : Taklimat
                                    Pembahagian dan pemasangan khemah
01.00 petang             : Makan dan solat Jamak Zohor-Asar
02.00 petang             : Ice breaking
3.00 petang               : LDK 1
3.30 petang               : LDK 2
04.00 petang             : LDK 3
05.00 petang             : Minum petang
05.30 petang             : Tugasan I: Explorace
07.00 malam             : Persiapan diri, makan malam dan solat Jamak Maghrib-Isya’
08.00 malam             : LDK 4
08.30 malam             : LDK 5
09.00 malam             : Tugasan II: Night walk
12.00 pagi                 : Minum malam
12.30 pagi                 : Rehat & tidur

Tarikh: 16 September 2016 (Jumaat)
05.30 pagi                               : Persiapan diri dan solat Subuh
07.00 pagi                               : Senaman pagi
07.30 pagi                               : Sarapan pagi
08.30 pagi                               : Tugasan 3: Aktiviti Air
01.30 tengahari                       : Makan tengahari dan solat Jamak Zohor-Asar
02.00 petang                           : Tugasan 4: Aktiviti Bertali
05.00 petang                           : Minum petang
05.30 petang                           : Tugasan 5: Survival
07.00 petang                           : Persiapan diri dan solat Jamak Maghrib-Isya’
08.00 malam                           : Malam kebudayaan
10.00 malam                           : Gerak Kerja Kumpulan : Perbincangan & Pembentangan
12.00 pagi                               : Minum malam dan tidur

Tarikh: 17 September 2016 (Sabtu)
05.30 pagi                               : Persiapan diri dan solat Subuh
07.00 pagi                               : Senaman pagi
07.45 pagi                               : Sarapan pagi
08.30 pagi                               : Tugasan 6: Jungle Trekking
02.00 petang                           : Majlis penutup dan penyampaian hadiah
03.30 petang                           : Makan tengahari dan solat Jamak Zohor-Asar
04.00 petang                           : Bersiap dan bertolak balik ke UM

Para peserta memasang khemah di tapak perkhemahan

Pengarah program bersama-sama Mentor persatuan dan Pensyarah daripada Kolej Ketengah
Senaman pagi sebelum memulakan aktiviti "Jungle Trekking"




Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa LDK

Peserta memasak hidangan makan malam menggunakan dapur kayu


Formasi atas air yang dihasilkan setiap kumpulan 

Peserta berakit di sungai 


Penyerahan bunting program kepada wakil Kolej Ketengah

Sesi bergambar sebagai kenang-kenangan

22.9.16

Malam Anugerah Kecemerlangan Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya

    Pada 23 Mei 2016 telah berlangsungnya majlis makan malam gilang gemilang iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya. Majlis ini telah diadakan di Hotel Crystal Crown yang bertemakan Retro. Program ini merupakan program tahunan untuk meraikan ahli persatuan PAKKUM terutamanya untuk meraikan ahli-ahli yang bakal bergraduasi.
    Tambahan, program ini dianjurkan bertujuan memberi penghargaan kepada para ahli persatuan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum serta sebagai penghargaan kepada mereka yang telah banyak menyumbang ke arah menaikkan nama persatuan.



Persiapan sebelum majlis bermula.

Para ahli jawatankuasa sedang sibuk bertugas di meja pendaftaran.


Perasmian majlis oleh  Dekan Fakulti Pendidikan selaku Mentor persatuan, Prof. Madya Dr. Mariani Md Nor.


Penyampaian sijil penghargaan kepada ahli yang terpilih.