18.11.15

ACU (ASEAN Cyber University) Ambassadorial Scholar Program

Pada 19-23 Oktober 2015 yang lalu, seorang wakil daripada Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Poh Wanyi telah terpilih untuk mengikuti  ACU Ambassadorial Scholar Program bersama seorang lagi wakil daripada Fakulti Pendidikan.  Program bertaraf antarabangsa ini telah diadakan di Heungkuk Life Academy, Yongin, Korea Selatan. 


Tentatif program
Poh Wanyi, ahli persatuan PPAKKUM selaku wakil Malaysia 
Melawat ke UNESCO
Menyampaikan cenderahati kepada Timb. Presiden projek ACU 
ACUAS night bersama staf dan officer
Persekitaran di sekitar Heungkuk Life Academy
Majlis penutupan dan penyampaian anugerah ACUAS 
Bergambar bersama Dekan Fakulti Pendidikan selaku mentor PPAKKUM, Dr. Mariani Md. Nor 



#PAKK_HEBAT !

17.11.15

Program Interaksi Sesi 2015/16 di Dusun Eco Resort



Pada 11-13 September 2015, telah diadakan program interaksi yang dipimpin oleh Saudari Nabiha Alia Nazmi Asna. Tema yang dipilih pada sesi ini adalah 'Mahasiswa Penggerak Inovasi' dan program interaksi kali  ini telah diadakan di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang. 

     Sama seperti sesi lepas, program interaksi kali ini juga berkonsepkan perkhemahan dan bermatlamat untuk mengeratkan lagi hubungan antara senior dan junior. Tak kenal maka ta'aruf ! Selain daripada mengeratkan ukhwah antara senior dan junior, program interaksi sesi ini juga tersangatlah menguji mental dan fizikal peserta sekaligus membentuk ketahanan mental dan fizikal melalui aktivit-aktiviti yang dilaksanakan.


Lokasi program interaksi sesi 2015/2016 

11 September 2015 (Jumaat)

  • Rombongan ahli persatuan PPAKKUM selamat tiba di destinasi, Dusun Eco Resort sekitar jam 11.00 pagi.
  • Semua peserta berkumpul mengikut kumpulan yang telah ditetapkan dan peserta diminta untuk mendirikan khemah masing-masing.
  • Peserta menikmati juadah tengahari sebelum majlis perasmian berlangsung.
  • Menjalankan Ice Breaking mengikut kumpulan dan setiap kumpulan membuat cheers masing-masing.
  • Pada malamnya pula telah diadakan aktiviti Night walk diiringi angin malam dan hujan renyai.
  • Mengadakan LDK 1 yang dikendalikan oleh Dr. Nazri. 

Peserta menaiki trak untuk naik ke Dusun Eco Resort
Berjalan menuju tapak perkhemahan
  
          Peserta memasang khemah
Ucapan daripada pengarah program, saudari Nabiha Nazmi
Perasmian program oleh Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor
Antara aktivti yang dijalankan pada hari pertama
LDK malam pertama bersama Dr. Nazri

12 September 2015 (Sabtu)

  • Senaman pagi dan sarapan.
  • Peserta menjalankan aktiviti yang paling dinanti-nantikan iaitu Jungle trekking merentasi beberapa batang sungai dan berpeluang meneguk air daripada punca air yang tersangatlah menyegarkan.
  • Selesai makan tengahari dan solat zohor, peserta melakukan aktiviti yang sangat menguji keberanian iaitu jambatan gantung dan flying fox. 
  • Sesudah minum petang pula peserta bermain explorace.
  • Pada waktu malam diadakan malam kebudayaan dimana setiap kumpulan membuat persembahan seni berdasarkan tajuk lagu dan tema persembahan yang telah dicabut semasa sesi undian.
Senaman pagi ! Badan cergas minda cerdas ^^
Bergerak untuk  Jungle trekking 
Merentasi sungai semasa Jungle trekking




Persembahan hebat para peserta pada malam kebudayaan

13 September 2015 (Ahad)

  • Senaman pagi dan sarapan.
  • Menjalankan aktiviti sukaneka yang dirancang rapi oleh unit protokol (memang DAEBAK!).
  • Mengadakan masjlis perasmian penutupan bagi program interaksi sesi ini.
  • Penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang dan anugerah ikonik kepada pelajar tahun 1.
  • Akhir sekali sebelum berangkat pulang ke UM, sesi bergambar diadakan untuk kenang-kenangan (^,^)v


Antara permainan yang dijalankan semasa sukaneka



#PAKK_HEBAT !

23.2.15

Dekorasi 2014/2015

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera.


Pada 19 hingga 21 Disember 2014 yang lepas, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya (PPAKKUM) telah menjalankan Program Dekorasi Tabika Kemas Sesi 2014/2015 di Tabika KEMAS Kampung Parit Simpang, Ledang Johor. 


Bertemakan "Mahasiswa Berbudi, Masyarakat Disanjungi", program ini mempunyai objektif untuk mempertingkatkan peranan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dalam membina generasi muda yang berilmu dan mempunyai jati diri yang tinggi.

Saudari Nur Ezzah Ahsain selaku pengarah program bagi Program Dekorasi Tabika Kemas sesi 2014/2015 pada kali ini.

Sewaktu Majlis Penyerahan Anak Angkat.

25.11.14

Deko-Deko Board PPAKKUM

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Pada 25 November 2014, barisan MT dan Exco PPAKKUM Sesi 2014/2015 telah bekerjasama untuk menghias board PPAKKUM yang terletak di hadapan Bilik Diagnostik Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. 


 Seawal 8 pagi lagi barisan MT & Exco telah berkumpul dan memulakan tugas untuk menghias board tersebut. 

 Caiyok! Caiyok! 


Perancangan dan pembahagian tugas dalam menghias board tersebut telah dilakukan seminggu sebelum tarikh yang ditetapkan. Objektif deko-deko board ini dilakukan untuk menambahkan keceriaan pada board tersebut disamping memperkenalkan segalanya tentang PPAKKUM dan aktiviti yang telah dijalankan kepada orang ramai. 


#Team Board 1

#Team Board 2

Oleh kerana terdapat 2 buah board, barisan MT & Exco telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menghias board tersebut. Apa yang penting?? KERJASAMA

Pada pukul 10.45 pagi, kerja menghias board pun selesai. InsyaAllah, board tersebut akan diupdate dari semasa ke semasa mengikut aktiviti PPAKKUM yang akan dijalankan (setakat ini sudah ada 5 projek yang berjaya dilaksanakan).

Hasilnya...

Tadaaa ! Board PPAKKUM kembali ceria ^^


Nanti bolehlah ahli persatuan datang menjenguk kot-kot ada gambar sendiri terpampang di board ^^

Terima kasih untuk semua yang terlibat. 


#PAKKawesome

22.11.14

Program Mahasiswa Bersama Masyarakat (OPKIM)

Pada 14 hingga 16 November yang lepas, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak berjaya menganjurkan Program Mahasiswa Bersama Masyarakat Desa (OPKIM) di Kampung Parit Tunggul, Kundang Ulu, Ledang Johor. Ini merupakan program pertama PPAKKUM yang dijalankan di negeri Johor.


Program OPKIM 2014/2015 dibawah kelolaan saudari Siti Maryam pada kali ini merupakan salah satu daripada program tahunan PPAKKUM dan ianya melibatkan semua mahasiswa daripada tahun pertama hingga tahun keempat yang merupakan ahli persatuan juga. 

Selain itu, Program OPKIM ini diadakan adalah untuk mempertingkatkan peranan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dalam membina generasi muda yang berilmu dan mempunyai jati diri yang tinggi. 

Di samping itu ia dapat mengeratkan hubungan di antara pelajar dengan masyarakat setempat melalui kerja-kerja kemasyarakatan yang dijalankan. Dari sudut yang positif, kita dapat melatih mahasiswa secara amali dalam melaksanakan tugas mendidik dan berbakti kepada masyarakat tidak kira tua atau muda.

HARI PERTAMA
Rombongan bertolak pada pukul 8.00 pagi dan selamat tiba di Kampung Parit Tunggul pada pukul 11.00 pagi. Sebaik tiba, Majlis Perasmian Pembukaan serta majlis penyerahan anak angkat terus diadakan.
 Barisan VIP pada hari tersebut. 
 Saudari Tay Yih Yih & saudara Shah selaku MC sepanjang OPKIM berlangsung. Tahniah MC terhebat PPAKKUM ^^
Majlis Penyerahan Anak Angkat. Seramai 20 buah keluarga mengambil bahagian untuk program OPKIM pada kali ini. Terima kasih sudi menerima kehadiran kami