15.3.13

Program Hari Keluarga & Makan Malam PPAKKUM 2012/2013

Salam Sejahtera semua.
Hari ini dan esok adalah hari penting buat kami barisan ahli jawatankuasa bagi menjayakan Program Hari Keluarga & Makan Malam PPAKKUM 2012/2013. Dan secara terus terangnya kami dapat menarik nafas lega sedikit setelah beberapa minggu mengalami pelbagai halangan & rintangan demi cabaran untuk perancangan dan persiapan program yang bakal tiba ini. Pada hari ini, beberapa AJK akan bertolak terlebih dahulu ke Kemunting Beach Resort, Pangkalan Balak, Melaka bagi menguruskan beberapa urusan di sana sebelum program berlangsung esok harinya. Kami seramai 10 orang termasuk Penolong Pengarah unit-unit penting dan diiringi oleh seorang alumni iaitu Cik Syima. Kami bertolak dari UM pada jam 9 pagi dan melakukan beberapa urusan program yang belum selesai. Walaupun penat tapi kami gembira kerana selain mengingatkan ini adalah aktiviti terakhir untuk semester ini dan seterusnya adalah yang terakhir buat tahun 4. Penat tapi seronok. Hebatkan? ^^


Okay keesokkan harinya, peserta bertolak pada jam 8pagi dari UM dan tiba di Kemunting Beach Resort pada jam 12.30 tengah hari. Sebaik sahaja tiba mereka membantu menguruskan persiapan untuk aktiviti sukaneka dan program Makan Malam.





Seterusnya pada jam 3 petang, acara sukaneka bermula dan melibatkan kesemua AJK & peserta. Pegawai pengiring dan alumni pun turut serta. Memang meriah tau! :)

Antara aktiviti yang dimainkan ialah :
  • Bola tampar pantai
  • Terompah gergasi
  • Cari gula-gula dalam tepung
  • Sambut belon air
  • Kerusi berirama
  • Tiup belon





Acara sukaneka berakhir pada jam 6 petang dan semua peserta membuat persiapan diri untuk majlis makan malam.


***********************************

Majlis Makan Malam PPAKKUM bermula !!!!!!!!! (",)








Penyampaian Anugerah & Cenderamata







********************************************
Tiba masa bertolak pulang ke UM :)








14.3.13

Persiapan Program Hari Keluarga & Makan Malam PPAKKUM

Salam Sejahtera.
Apa khabar semua ahli PPAKKUM dan juga pembaca ruangan ini? Harap-harap semua dalam keadaan yang sihat wal'afiat dan gembira. Dan dalam sedar tidak sedar; pejam celik pejam celik sudah sampai ke program PPAKKUM yang terakhir iaitu Program Hari Keluarga & Makan Malam PPAKKUM. Sekejap sahaja masa berlalu kan? Pada petang tadi ahli jawatankuasa mengadakan perjumpaan di Dataran E, Fakulti Pendidikan UM bersama Pengarah program; Mohd Fadhil, barisan MT, AJK dan peserta bagi memastikan gerak kerja berada dalam keadaan lancar dan baik. Dalam masa yang sama juga pengarah menyampaikan taklimat tentatif program sebelum, semasa dan selepas kepada semua peserta yang terlibat. Semoga segala perancangan dan persiapan untuk program ini akan berjalan dengan lancar dan teratur hendaknya.




5.3.13

Kembara Desa, Jelajah Anak Bangsa

Alhamdulillah. Setinggi syukur kerana program Kembara Prasekolah PPAKKUM 2013 telah berjaya dilaksanakan dengan pahit manis pengalaman yang diperolehi oleh peserta program. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya Prof Madya Dr Mariani yang sentiasa membantu, pegawai pengiring & barisan alumni PPAKKUM, Jabatan Pelajaran Pahang, Tok Pat & penduduk Kampung Kuala Kechau, guru-guru prasekolah cemerlang yang mengalu-alukan kedatangan kami dan semua peserta yang menjayakan program ini. 

Program Kembara Prasekolah ini merupakan salah satu program tahunan Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya (PPAKKUM) di mana melibatkan mahasiswa yang juga merupakan ahli PPAKKUM sendiri di mana mahasiswa akan dibawa untuk mengembara ke prasekolah cemerlang di daerah Lipis dan Raub. Program ini ialah sebuah program yang berbentuk integriti luar yang berkonsep dan bermatlamatkan perpaduan serta semangat kerjasama dalam kalangan pelajar PPAKKUM dengan masyarakat desa. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengisi masa terluang mahasiswa PPAKKUM dengan agenda yang bermanfaat dan memberi banyak faedah kepada semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ia juga dapat melatih mahasiswa mempelajari pelbagai bidang kemahiran insaniah dan sekaligus mengelakkan mahasiswa daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Objektif program ialah :
  1. Mengumpul sebanyak mungkin maklumat, idea/ilham mengenai keceriaan kelas serta pengurusan dalam pendidikan awal kanak-kanak.
  2. Memberikan pengalaman kepada mahasiswa persatuan menjalankan aktiviti bersama pegawai, guru dan staf sokongan lain di prasekolah dan tadika terpilih.
  3. Mengenalpasti kemudahan yang disediakan cukup atau tidak cukup untuk keselesaan murid-murid semasa sesi pembelajaran dan pengajaran di sekitra daerah Lipis & Raub.
  4. Mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa persatuan dan pihak sekolah/tadika.
  5. Melahirkan mahasiswa universiti yang mempunyai motivasi tinggi dan mampu berinteraksi dengan masyarakat setempat.
Prasekolah cemerlang yang dilawati ialah :
  1. Prasekolah, SK Chung Ching, Raub, Pahang
  2. Prasekolah, SK Pamah Kulat, Raub
  3. Prasekolah, SK Ulu Atok, Raub
  4. Prasekolah, SK Felda Sg Koya, Kuala Lipis, Pahang
  5. Prasekolah, SK Relong, Kuala Lipis
Selain itu kami juga mengadakan acara sukan tahunan bagi tadika angkat persatuan iaitu Tabika Kemas Kg Kuala Kechau, Kuala Lipis kerjasama dengan guru dna penduduk kampung. Acara sukan tahunan yang dilaksanakan ialah isi air dalam botol, lari bawa bola bergilir-gilir, junjung pundi kacang, bawa bola ping pong dalam sudu dan rebut kerusi.

Seterusnya ialah acara sukan keluarga anjuran Tabika Kemas iaitu tiup tepung, makan buah, cari barang, lari dalam kain dan lari ikat kaki.

Untuk acara sukaneka kanak-kanak & sukan rakyat ialah tiup belon dan pecahkan, gula-gula dalam tepung, hantaran belon air, bola sepak dan basikal paling lambat.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.





Gambar sekitar program :)


















1.3.13

PROGRAM KEMBARA KE PRASEKOLAH 2013



Salam semua. Selamat petang!

Wahhh setelah berhempas pulas selama beberapa minggu akhirnya esok adalah tarikh yang dinanti-nantikan oleh  kami semua untuk mengembara ke Pahang. Untuk kali ini projek yang akan kami laksanakan adalah "PROGRAM KEMBARA KE PRASEKOLAH" yang bertemakan "Kembara Desa, Jelajah Anak Bangsa". 

Program ini adalah program pertama bagi PPAKKUM untuk semester II, sesi 2012/2013. Kami akan berangkat ke Raub dan Kuala Lipis pada awal pagi esok dan melakar sebanyak mungkin memori manis bersama-sama. Doakan semoga program ini berjalan dengan lancar.

Sampai di sini sahaja update ringkas daripada kami. Nantikan lagi berita terbaru sepanjang program nanti. Selamat mengembara kepada semua!!!

18.12.12

Jamuan & Penyampaian Cenderamata Program Motivasi

Hai anda semua! Bagaimana dengan minggu terakhir kuliah? Mesti semua sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman. Namun jangan lupa yea kawan-kawan, sambil pulang semasa study week ini tetap ulangkaji untuk peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Tugasan dan pembentangan sudah selesai belum? Good luck semua dari kami warga PPAKKUM. (^_^)

Tengah hari tadi, team AJK pelaksana untuk Program Motivasi dan Kerjaya Pendidik Awal Kanak-kanak 2011/2012 mengadakan sedikit jamuan ringan dan pemberian cenderamata kepada semua AJK yang terlibat. Program ini telah selamat dilaksanakan dengan jayanya pada sesi lepas. Jadi bagi menghargai semua tenaga kerja yang terlibat, pihak pengarah program dan anak buahnya merancang kejutan jamuan ini. :)

Jamuan ini tidaklah sehebat mana namun ia tetap memberi kesan dalam hati semua yang terlibat. Ini adalah salah satu daripada usaha daripada pihak pengarah dan anak buahnya untuk menghargai semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Dan untuk pengetahuan semua, program ini telah diiktirafkan sebagai PROJEK TERBAIK pada sesi 2011/2012. Tahniah kepada semua atas prestasi cemerlang anda. :)

Pendidik Kanak-kanak Unggul Berkualiti,
PAKK Cemerlang, UM Gemilang!

Cik pengarah yang sibuk dengan kira-kira :)
Tahniah Cik Nadiah atas usaha anda dan anak buah :)

Menu jamuan : Nasi goreng chicken chop + air ribena :)

Cenderamata untuk AJK pelaksana. Terima kasih semua :)

Makanan sudah sampai! :)

Sampul penghargaan. Hehehe :)

Sebelum makan baca doa dulu :)

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua yang 
terlibat secara langsung atau tidak langsung :)