Pada 27 September 2014, barisan MT & Exco PPAKKUM Sesi 2014/2015 telah menganjurkan program santai bersama pelajar tahun 1. Program yang diadakan di Kawasan Rekreasi Taman Jaya ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta memperkenalkan barisan MT & Exco PPAKKUM Sesi 2014/2015 kepada pelajar tahun 1.
Pelbagai aktiviti disediakan oleh barisan MT & Exco khas untuk pelajar tahun 1 dalam bentuk yang lebih santai. Pelajar tahun 1 telah diminta memakai baju berwarna merah manakala senior memakai baju persatuan PAKK.
Program santai bermula dengan sesi ice breaking dimana pelajar tahun 1 serta pelajar senior perlu memperkenalkan diri masing-masing.
Ayuh sarapan dulu untuk tambah tenaga buat next aktiviti ya!
Aktiviti pertama dimana kesemua ahli kumpulan perlu melompat tali getah dalam masa 20 saat. Bilangan ahli yang paling ramai dikira sebagai pemenang.
Aktiviti kedua : Merebut belon
Setiap ahli kumpulan perlu menjaga belon mereka daripada dirampas dan dipecahkan oleh ahli kumpulan lain.















