Bertemakan "Mahasiswa Pencetus Kecemerlangan", program interaksi dibawah pimpinan Saudari Nur Liyana Mohd Zamil telah diadakan pada 19-21 September 2014. Program interaksi kali ini telah diadakan di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.
Program interaksi berkonsepkan perkhemahan ini bermatlamatkan interaksi atau suaikenal antara senior dan junior PPAKKUM. Tujuan utama program ini adalah untuk mewujudkan hubungan yang lebih rapat, erat dan saling mengenali di antara pelajar senior dan junior. Selain itu ia juga dapat mewujudkan hubungan dua hala di antara ahli persatuan khususnya dan membentuk ketahanan fizikal serta emosi dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Lokasi bagi program interaksi kali ini ^^
19 SEPTEMBER 2014, JUMAAT
- Tepat pada pukul 4.00 petang, semua ahli persatuan PPAKKUM selamat tiba di Kem Nur Lembah Pangsun
- Sebaik tiba, majlis perasmian pembukaan terus diadakan
- Menjalankan aktiviti LDK yang dikendalikan oleh jurulatih di Kem Nur Lembah Pangsun (diketuai oleh Pak Long)
- Menjalankan aktiviti night walk walaupun dalam keadaan hujan lebat (bertepatan dengan trademark mentor persatuan "Zon Sengsara")
Sebaik tiba di kawasan perkhemahan.
Sewaktu majlis perasmian pembukaan bagi program interaksi. Banner program kali ini mendapat pujian mentor persatuan, Prof Madya Dr. Mariani Md. Nor. Tahniah Unit Tugas-Tugas Khas.














