Pada 29 Mac 2017, Rabu telah berlangsungnya Program Rentak Seni Budaya (SEDAYA) di Auditorium Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Program ini adalah dibawah anjuran Persatuan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya (PPAKKUM). Program ini adalah diketuai oleh saudari Hansbarsi A/P Kupusamy dengan tema Prgoram 'Fanztale 22 Century'.
Program ini diadakan untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk menonjolkan bakat yang sedia ada. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan semangat perpaduan dan interaksi antara pelajar yang berbilang kaum, menyatupadukan pelajar dari fakulti yang lain. Program ini juga diadakan untuk menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum.
Dr Mariani merasmikan Program SEDAYA 16/17.
Program SEDAYA 16/17 ini telah menglibatkan pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak Tahun 1, 2, 3 dan 4. Selain itu, terdapat juga penyertaan daripada pelajar Kaunseling serta band 'The Prism' dari luar. Para peserta telah membuat persembahan yang sangat menarik pada malam ini.
Saudari Hansbarsi sedang memberi ucapan.
Emcee pada malam ini.
Persembahan dari pelajar PAKK tahun 1.
Persembahan dari pelajar PAKK tahun 2.
Persembahan dari pelajar PAKK tahun 3.
Persembahan dari pelajar PAKK tahun 4.
Persembahan dari pelajar kaunseling University Malaya.
Persembahan nyanyian oleh saudara Naveen dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
Menjadi persatuan yang melahirkan mahasiswa cemerlang di dalam akademik dan kokurikulum, membentuk insan yang seimbang, harmoni dalam elemen JERI dan kemasyarakatan melalui pemantapan serta penerapan kemahiran insaniah
Misi:
Melahirkan graduan Pend. Awal Kanak-Kanak yang dapat memimpin, mengurus dan mentadbir pelbagai bidang dengan berkesan, cekap dan cemerlang
Melahirkan graduan Pend. Awal Kanak-Kanak yang berdaya saing dalam pelbagai bidang dan mempunyai sahsiah mulia dan terpuji
Melahirkan graduan Pend. Awal Kanak-Kanak yang mempunyai hubungan baik dan mesra dengan pentadbiran fakulti dan komuniti
Menonjolkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran kepimpinan dan berkebolehan mengendalikan projek
Membentuk mahasiswa yang berkemahiran dalam kerja berpasukan
Menjadikan mahasiswa unggul di dalam bidang akademik dan aktiviti kemasyarakatan selari dengan 8 elemen kemahiran insaniah
Memastikan kewujudan suasana yang kondusif ke arah kecemerlangan kebajikan dan perpaduan secara berterusan