Pada 25-27 Mac yang lalu, telah berlangsungnya program Dekorasi Tabika Kemas dan Khidmat Masyarakat (DEKIM) di Jelebu, Negeri Sembilan. Program ini merupakan gabungan dua program iaitu Program Dekorasi Tabika Kemas dan Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) yang dilaksanaka secara berasingan pada sesi sebelum ini. Dengan bertemakan "Mahasiswa Kreatif Pemangkin Masyarakat Inovatif", program ini bertujuan membentuk semangat sukarelawan antara masyarakat desa dengan mahasiswa.
Selain itu, program ini memperkenalkan kepada mahasiswa tentang pengurusan kelas yang strategik dan membina mahasiswa kreatif semasa aktiviti dekorasi. Tambahan, program DEKIM menghubungkan dan menguatkan lagi ikatan silaturrahim dalam kalangan mahasiswa universiti bersama kelompok masyarakat. Sepanjang program berlangsung juga banyak aktiviti yang telah diadakan.
Tentatif Program DEKIM
|
Ketibaan VIP |
|
Ucapan daripada Pengarah program, Saudari Najiha Hamdi |
|
Ucapan daripada Guru Besar SK Putra, Tuan Syed Zulkafli Syed Abdul Karim |
|
Ucapan daripada Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya selaku Mentor Persatuan PAKK,
Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor |
|
Ucapan daripada Dato' Shamsul Kahar, Ahli Dewan Undangan Negeri Parlimen Jempol |
|
Para ibu angkat kepada para peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Putra |
|
Perasmian Program Khidmat Masyarakat oleh ADUN Parlimen Jempol |
|
Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang DEKIM berlangsung |