18.12.12

Jamuan & Penyampaian Cenderamata Program Motivasi

Hai anda semua! Bagaimana dengan minggu terakhir kuliah? Mesti semua sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman. Namun jangan lupa yea kawan-kawan, sambil pulang semasa study week ini tetap ulangkaji untuk peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Tugasan dan pembentangan sudah selesai belum? Good luck semua dari kami warga PPAKKUM. (^_^)

Tengah hari tadi, team AJK pelaksana untuk Program Motivasi dan Kerjaya Pendidik Awal Kanak-kanak 2011/2012 mengadakan sedikit jamuan ringan dan pemberian cenderamata kepada semua AJK yang terlibat. Program ini telah selamat dilaksanakan dengan jayanya pada sesi lepas. Jadi bagi menghargai semua tenaga kerja yang terlibat, pihak pengarah program dan anak buahnya merancang kejutan jamuan ini. :)

Jamuan ini tidaklah sehebat mana namun ia tetap memberi kesan dalam hati semua yang terlibat. Ini adalah salah satu daripada usaha daripada pihak pengarah dan anak buahnya untuk menghargai semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Dan untuk pengetahuan semua, program ini telah diiktirafkan sebagai PROJEK TERBAIK pada sesi 2011/2012. Tahniah kepada semua atas prestasi cemerlang anda. :)

Pendidik Kanak-kanak Unggul Berkualiti,
PAKK Cemerlang, UM Gemilang!

Cik pengarah yang sibuk dengan kira-kira :)
Tahniah Cik Nadiah atas usaha anda dan anak buah :)

Menu jamuan : Nasi goreng chicken chop + air ribena :)

Cenderamata untuk AJK pelaksana. Terima kasih semua :)

Makanan sudah sampai! :)

Sampul penghargaan. Hehehe :)

Sebelum makan baca doa dulu :)

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua yang 
terlibat secara langsung atau tidak langsung :)





14.12.12

T-shirt PPAKKUM 2012/2013

Alhamdulillah. Akhirnya T-shirt persatuan telah pun siap designed.

Lengan pendek dan berkolar

Baju muslimah

Lengan pendek


Berikut merupakan rujukan penentuan saiz:
i) bentangkan baju (tshirt) anda.
ii) ambil pembaris, ukur bermula bawah ketiak kanan ke kiri.
iii) ambil ukuran dalam inci
iv) rujuk ukuran saiz dibawah:

- s = 19 inci
- m = 20 inci
- l = 22 inci
- xl = 23 inci
- xxl = 24 inci

(lengan pendek, lengan panjang, baju muslimah)





Diharapkan semua ahli persatuan dapat memberi saiz baju pada wakil setiap tahun pada minggu hadapan.


Dan kepada semua alumni PAKK, anda juga dialu-alukan jika mahu menempah t-shirt persatuan ini. Heheh :)






12.12.12

Jualan Hebat PPAKKUM 2012/2013

Alhamdulillah. Sehingga minggu ini, jualan untuk projek-projek berjaya dilaksanakan. Semua usaha daripada pengarah-pengarah, ahli jawatankuasa projek serta MT&EXCO yang membantu amat dihargai. 
Dan yang paling penting adalah sokongan jitu daripada mentor Prof Madya Dr Mariani & pegawai pengiring persatuan. Tanpa bantuan mereka semua mungkin segala aktiviti akan terganggu.




"Sebagai seorang pelajar PAKK anda perlu mempunyai EMPATI dalam diri."

Tujuan jualan ini diadakan adalah untuk menambah dana bagi setiap projek dan memastikan agar setiap projek dapat djalankan dengan baik atas usaha semua pihak.

Ermmm tak rugi join projek sebab semua pengalaman yang kita dapat itu tidak akan dapat diperolehi daripada mana-mana terutama sekali kemahiran insaniah dalam kehidupan seharian.

Kita semuakan bakal pendidik awal kanak-kanak yang berkualiti. (",)









2.12.12

Program Santai MT & EXCO bersama Pelajar Tahun 1

"Aku Sayang Kamu, Kamu Sayang Aku."


Baru-baru ini MT & EXCO PPAKKUM telah merancang untuk melakukan aktiviti santai bersama ahli persatuan dan ianya dimulakan dengan pelajar tahun 1 terlebih dahulu. Oleh kerana sayang dan kasih akan semua ahli persatuan, MT & EXCO berusaha untuk merealisasikan aktiviti ini. Alhamdulillah akhirnya berjaya dilaksanakan pada 2 Disember 2012 bertempat di Taman Tasik Botani. Ahaaa nama pun aktiviti santai jadi lokasinya juga adalah santai. Hehehe. 

Untuk pengetahuan para pembaca, aktiviti santai ini merupakan satu program yang julung kalinya dianjurkan oleh pihak persatuan. Kenapa ? Ehem ehem ehem... Tujuan utama program ini adalah untuk membina ukhwah dan merapatkan hubungan dalam kalangan pelajar junior khususnya serta MT & EXCO. Selain itu ia bertujuan untuk membina hubungan yang positif; hubungan dua hala dan memupuk sikap salaing mempercayai antara satu sama lain. Dengan ini pihak persatuan berharap agar melalui aktiviti sebegini dapat mengekalkan hubungan yang sedia ada dan seterusnya menjadikannya lebih erat. di samping mengenali pelajar junior dengan lebih dekat dan dengan penuh kasih sayang, pihak persatuan berharap agar ia dapat melahirkan budaya hormat menghormati di antara satu sama lain juga. 

Menerusi program sebegini, diharapkan pengalaman yang diperolehi oleh ahli persatuan dapat dijadikan panduan dan seterusnya mengeratkan lagi hubungan pelajar junior dengan MT & EXCO PPAKKUM 2012/2013. Semoga semua yang menyertai program Santai MT & EXCO Bersama Pelajar Tahun 1 ini mampu menjadi pemimpin dan pendidik yang cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan.

Sekalung terima kasih kepada Prof Madya Dr Mariani iaitu ibunda kami. Semoga beliau sentiasa berada dalam keadaan sihat wal'afiat dan murah rezeki. Jasa beliau dalam mendidik kami semua sentiasa akan kami kenang. Tidak lupa kepada pegawai pengiring kami yang setia dan menjaga kami dalam susah senang serta super senior yang membantu dalam menjayakan setiap projek dan program ini. Sayang semua !


"Pendidik Kanak-kanak Unggul Berkualiti."
PAKK Cemerlang, UM Gemilang !

Jumpa Lagi ! (^_^)

******************************************


















Kami sayang PAKK ^^



"Saya harap aktiviti seperti ini akan dapat diadakan lagi pada masa hadapan."
"Semoga usaha senior-senior untuk eratkan hubungan kita semua akan berterusan."
"Seronok join aktiviti macam nih. Harap ada lagi."