Pada 13 Mei 2017 telah berlangsungnya Malam Anugerah Kecemerlangan PPAKKUM sesi 2016/2017. Malam Anugerah Kecemerlangan PPAKKUM yang bertema "Masquarade Night" telah diadakan di Hotel Armada, Petaling Jaya.
Malam Anugerah Kecemerlangan PPAKKUM sesi 2016/2017 adalah diketuai oleh saudari Ong Pei Ching dan dipantau oleh saudari Zebyana Maikel. Program ini
merupakan program
tahunan yang akan dijalankan untuk meraikan ahli persatuan terutamanya
untuk meraikan
ahli-ahli yang bakal bergraduasi. Malam Anugerah Kecemerlangan ini juga
bertujuan untuk memberi penghargaan kepada ahli persatuan yang telah
menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik dan juga
kokurikulum untuk menaikkan nama persatuan.
Perasmian majlis oleh Dekan Fakulti Pendidikan selaku Mentor persatuan, Prof. Madya Dr. Mariani Md Nor.
Pengarah Program sedang memberi ucapan.
Persembahan yang dilakukan oleh pelajar PAKK.
Persembahan jemputan luar.
Penyampaian anugerah dan penghargaan sijil kepada ahli yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akedemik dan kokurikulum.
Penyampaian cenderamata kepada jemputan luar.
Barisan MT & Exco PPAKKUM sesi 2016/2017.
Barisan Ahli Jawatankuasa Malam Anugerah Kecemerlangan PPAKKUM 2016/2017.
Menjadi persatuan yang melahirkan mahasiswa cemerlang di dalam akademik dan kokurikulum, membentuk insan yang seimbang, harmoni dalam elemen JERI dan kemasyarakatan melalui pemantapan serta penerapan kemahiran insaniah
Misi:
Melahirkan graduan Pend. Awal Kanak-Kanak yang dapat memimpin, mengurus dan mentadbir pelbagai bidang dengan berkesan, cekap dan cemerlang
Melahirkan graduan Pend. Awal Kanak-Kanak yang berdaya saing dalam pelbagai bidang dan mempunyai sahsiah mulia dan terpuji
Melahirkan graduan Pend. Awal Kanak-Kanak yang mempunyai hubungan baik dan mesra dengan pentadbiran fakulti dan komuniti
Menonjolkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran kepimpinan dan berkebolehan mengendalikan projek
Membentuk mahasiswa yang berkemahiran dalam kerja berpasukan
Menjadikan mahasiswa unggul di dalam bidang akademik dan aktiviti kemasyarakatan selari dengan 8 elemen kemahiran insaniah
Memastikan kewujudan suasana yang kondusif ke arah kecemerlangan kebajikan dan perpaduan secara berterusan
0 comments:
Post a Comment