19.3.16

1st National Conference On Early Childhood Education 2016 (NCECEd)

Pada 12 Mac 2016, Sabtu yang lalu telah diadakan sebuah program Persidangan Pendidikan Awal Kanak-kanak 2016 (National Conference On Early Childhood Education,NCECEd). Dengan bertemakan "PENDIDIKAN UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG" objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli persatuan untuk mendengar sendiri pengalaman dan cabaran yang dilalui oleh penceramah sebelum beliau memperoleh kejayaan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Selain itu, program ini juga bertujuan , meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan peserta serta membina jati diri bakal pendidik untuk menghadapi realiti di dalam bidang ini.

           Antara slot yang dilaksanakan semasa program ini berlangsung adalah Ucaptama daripada Dekan Fakulti Pendidikan sendiri iaitu YBhg Prof. Madya Dr. Mariani Md Nor dengan tajuknya "Macam mana! Sekadar syarat : Suka-suka VS Keperluan" dan ucaptama seterusnya disampaikan oleh Pengasas Malaysian Kid's Game & Pakar Android @ IOS Malaysia. Pembentangan Sidang Selari juga dilaksanakan di program ini selain daripada Game Salad Workshop dan lawatan ke pameran.


Ucapan daripada Pengarah NCECEd, Osman Adnan
Ucapan daripada Dekan Fakulti Pendidikan selaku Mentor persatuan,Prof. Madya Dr. Mariani Md Nor
Ucaptama oleh YBhg. Encik Farizshah Gaskin, Pengasas Malaysian Kid's Game
& Pakar Android @ IOS Malaysia




Antara pembentang di slot Pembentangan Sidang Selari
Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor bersama YDP PPAKKUM, Ariff Taufik
dan YBhg Encik Farizshah Gaskin




Antara peserta program yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis
Barisan jawatankuasa pelaksana program NCECEd 2016








#PAKK_HEBAT !