26.7.14

Mesyuarat Agung Tahunan PPAKKUM Sesi 2013/2014

Pada 26 Mei 2014, barisan MT dan Ahli Jawatankuasa PPAKKUM Sesi 2013/2014 telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PPAKKUM Sesi 2013/2014.

Mesyuarat tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi di Studio TV, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. 
Mentor Persatuan, Prof Madya Dr. Mariani Md. Nor sedang memberikan ucapan beliau. 


Antara agenda mesyuarat pada hari tersebut ialah:
  • Pembentangan minit Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2013/2014 dan pengesahan 
  • Pembentangan laporan kewangan tahunan Sesi 2013/2014 dan pengesahan 
  • Tayangan slaid aktiviti PPAKKUM Sesi 2013/2014
  • Pembubaran Majlis Ahli Jawatankuasa Sesi 2013/2014 dan pelantikan Ahli Majlis tertinggi PPAKKUM Sesi 2014/2015
  • Penyerahan fail dan dokumen persatuan

Saudara Azwan Ab Rahman, YDP PPAKKUM Sesi 2013/2014 ketika mengumumkan pembubaran Majlis Ahli Jawatankuasa Sesi 2013/2014.

Program Malam Gemerlapan PPAKKUM | Disneyland Theme~

Bertarikh pada 20 Mei 2014, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya (PPAKKUM) telah menganjurkan satu program iaitu Malam Gemerlapan PPAKKUM Sesi 2013/2014. 




Bertempat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya, program di bawah pimpinan saudari Nor Mas'Ain Binti Che Rahim ini berobjektif untuk merapatkan silaturrahim antara ahli persatuan dan pihak-pihak terlibat. Selain itu, program ini juga diadakan untuk memberi penghargaan kepada mereka yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik serta kokurikulum. 


Bertemakan "Disneyland Theme", pada pukul 8.00 malam, ketibaan perasmi dan VIP diumumkan. 


Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Universiti Malaya, bacaan doa serta ucapan dari Pengarah Program, YDP PPAKKUM Sesi 2013/2014, Mentor Persatuan serta Perasmi Majlis.