30.10.13

Rentak Seni Budaya (SEDAYA) 2013

Pada 19 Oktober 2013 bersamaan hari Sabtu telah berlangsungnya Majlis Rentak Seni Budaya (SEDAYA). Bertempat di Auditorium Fakulti Pendidikan, majlis yang dikendalikan oleh pelajar tahun dua ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam para ahli Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya (PPAKKUM).


Bertemakan "Budaya Dihormati, Mahasiswa Berintegriti", semua pelajar dari setiap tahun (Tahun 1-4) telah berjaya mempersembahkan persembahan yang  cukup hebat. SEDAYA pada kali ini juga menjemput pelajar dari Akademi Pengajian Islam (API) dan pelajar Sarjana daripada jurusan Kaunseling untuk membuat persembahan. 

 Majlis dimulakan dengan ucapan daripada pengarah program Sedaya pada kali ini, Saudari Marsha Brillante Boni Galim dan diikuti dengan ucapan perasmian daripada Mentor kesayangan, Prof Madya Dr. Mariani Md Nor. 


Acara yang ditunggu-tunggu iaitu persembahan daripada pelajar PAKK dari setiap tahun (Tahun 1-4).

 Persembahan lakonan yang hebat daripada pelajar Tahun 1. Tahniah Pelajar Tahun 1 !

 Persembahan tarian citrawarna yang kreatif daripada Pelajar Tahun 2. Tahniah Pelajar Tahun 2. Kemah keming sek kito~

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sarjana Muda & Penasihat Akademik Fakulti Pendidikan UM

Pada 10 Oktober 2013 bersamaan hari Khamis telah berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sarjana Muda & Penasihat Akademik Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Bermula jam 10.00 pagi pelajar daripada jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, TESL dan Kaunseling sudah mendaftar di Auditorium Fakulti Pendidikan.


Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar daripada Fakulti Pendidikan yang memperoleh keputusan kelas pertama dalam peperiksaan semester lalu. Disamping itu, majlis ini juga bertujuan untuk kesemua pelajar berjumpa dengan Penasihat Akademik masing-masing untuk mendapatkan nasihat serta bimbingan dalam akademik sepanjang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. 


Sekalung tahniah diucapkan kepada 17 orang pelajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang PNG 3.7 ke atas dalam peperiksaan semester II sesi 2012/2013. 

Pelajar tersebut ialah :
Chua Su Ann
Eau Khai Ling
Elfitri Binti Tres
Hanom Binti Mohd Mazlan
Jelly Yong
Jenny Wong Eng Yee
Joyce Chung May Choo
Lee Hui Ping
Muhammad Khalil Bin Kader Mydin
Munira Binti Muhiyddin
Nadirah Binti Mohd Noor Azmi
Nurdini Hayati Binti Muhammad Husaini
Ng Yin Yee
Ng Ying Sing
Ooi Shi Ling
Wong Kee Yean
Wong Yi Lin

3.10.13

Sambutan Konvokesyen PPAKKUM

Saban tahun, hari konvokesyen para senior akan diraikan dengan meriah sekali oleh semua ahli PPAKKUM. Pada tahun ini, senior PAKK telah bergraduasi pada 2 Oktober 2013 (Rabu) pada sesi petang. Seperti menjadi adat turun-temurun dalam persatuan pelajar tahun 1 akan mencipta beberapa cheers untuk memberikan semangat kepada senior yang bergraduasi seterusnya memeriahkan suasana di luar DTC. 

Program ini turut bertujuan meraikan senior PAKK yang telah berjaya melepasi segala rintangan sebagai pelajar sepanjang 4 tahun di UM. Walaupun buat pertama kali mentor kesayangan, Prof Madya Dr Mariani Md Nor tidak dapat bersama-sama pada hari kejadian, namun semangat beliau tetap ada. Tahniah yang tidak terhingga buat semua senior PAKK !



 Tahniah juga ditujukan kepada pelajar tahun 1 kerana akhirnya berjaya membuat cheers yang hebat. Terima kasih juga diatas komitmen yang diberikan sepanjang latihan. Tidak lupa buat senior tahun 2 yang tidak pernah jemu untuk turut serta dan membantu bagi memantapkan lagi cheers pelajar tahun 1. 

PAKK Bombastik~ PAKK Hebat~ PAKK Awesome~

Haiyark ! Kasi sengat sama dia~