22.9.13

Program Interaksi PPAKKUM 2013/2014

Bertemakan "Pendidik Berkualiti, Generasi Berinovasi" pada program kali ini, program interaksi telah diadakan pada 13-15 September 2013 di Kela Adventure Camp, Kg Cheduk Kela, Raub, Pahang. Program interaksi ini merupakan projek sulung bagi pelajar tahun 2 pada sesi kali ini dan pengarah program interaksi pada kali ini ialah saudara Shah Zaini Lasimin. Setelah bertungkus-lumus mengharungi pelbagai cabaran, akhirnya program ini berjaya direalisasikan. Tahniah pelajar tahun 2 !

Program interaksi berkonsepkan perkhemahan ini bermatlamatkan interaksi atau suaikenal antara senior dan junior PPAKKUM. Tujuan utama program ini adalah untuk mewujudkan hubungan yang lebih rapat, erat dan saling mengenali di antara pelajar senior dan junior. Selain itu ia juga dapat mewujudkan hubungan dua hala di antara ahli persatuan khususnya dan membentuk ketahanan fizikal serta emosi dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan.

Objektif program ini adalah :
  • Ahli-ahli persatuan saling mengenali antara satu sama lain.
  • Menggalakkan aktiviti secara berpasukan dan menggalakkan sikap toleransi sesama ahli persatuan.
  • Memberi maklumat dan pengalaman perkhemahan yang bertunjangkan kerjasama kepada ahli persatuan.
  • Membina kekuatan fizikal dan mental di kalangan ahli persatuan melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Banner program interaksi tahun ini. Tahniah Unit tugas-tugas khas.

13 SEPTEMBER 2013
  • Bertolak pada pukul 8.00 pagi dari UM Sentral dan tiba pada pukul 11.30pagi.
  • Membuat majlis pembukaan
  • Memasang khemah
  • Menjalankan aktiviti LDK 
  • Membuat nightwalk 
Sewaktu pemasangan khemah


21.9.13

PERJUMPAAN SENIOR-JUNIOR PAKK SESI 2013/2014

Pada 9 September 2013, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti Malaya telah membuat perjumpaan bagi kesemua ahli persatuan bersama Mentor yang kami hormati, Prof. Madya Dr Mariani Md. Nor.

Tepat jam 9.00 pagi, majlis dimulakan bertempat di Auditorium Fakulti Pendidikan.

Tujuan utama perjumpaan ini diadakan adalah untuk:
  • memperkenalkan mentor PPAKKUM kepada ahli persatuan terutamanya adik-adik junior tahun 1.
  • memperkenalkan Ahli Majlis Tertinggi sesi 2013/2014
  • memperkenalkan pengarah-pengarah & projek-projek persatuan yang bakal dijalankan sepanjang sesi 2013/2014
  • mengeratkan silaturrahim di antara mentor dan ahli-ahli persatuan

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada YDP Persatuan, Saudara Mohd Azwan A Rahman dimana beliau mengharapkan junior dapat melibatkan diri pada setiap program yang dianjurkan serta menghormati senior dan terutamanya menghormati mentor persatuan yang telah banyak berjasa iaitu Prof. Madya Dr Mariani Md. Nor.

Majlis seterusnya disusuli dengan ucapan daripada mentor persatuan, Prof. Madya Dr Mariani Md. Nor. Dalam ucapan beliau, beliau menegaskan tentang penglibatan aktif daripada pelajar tahun 1 terutamanya dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Malahan, penglibatan dalam setiap program sangat membantu dalam membina "soft-skill" yang diperlukan apabila memasuki alam pekerjaan kelak.

Mentor persatuan, Prof. Madya Dr Mariani Md. Nor ketika memberi ucapan.

Sesi pengenalan Majlis Eksekutif dan Pengerusi Jawatankuasa PPAKKUM Sesi 2013/2014.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi pengenalan projek-projek persatuan beserta pengarah program bagi setiap projek persatuan sesi 2013/2014.


8.9.13

Gerak Kerja Program Interaksi PPAKKUM Sesi 2013/2014

Bermula 2 September 2013 hingga 6 September 2013, seramai 20 orang terdiri daripada para Majlis Tertinggi PPAKKUM 2013/2014, PP dan AJK bagi program Interaksi PPAKKUM sesi 2013/2014 telah bertungkus lumus membuat gerak kerja bagi memastikan Program Interaksi Senior-Junior berjalan lancar pada 12 hingga 14 September ini.

 Saudara Shah Zaini selaku Pengarah Program bagi Program Interaksi PPAKKUM Sesi 2013/2014 kali ini memulakan mesyuarat bagi pembentangan gerak kerja setiap unit.