19.9.12

Perjumpaan Senior - Junior PAKK

Salam Sejahtera untuk semua. Pada pagi ini (12 Sept 2012) telah diadakan perjumpaan bersama mentor dan ahli senior - junior PAKK di Auditorium Fakulti Pendidikan.




Tujuan utama untuk sesi perjumpaan ini adalah untuk :
  • Memperkenalkan mentor PPAKKUM kepada ahli persatuan terutamanya adik-adik junior tahun 1.
  • Memperkenalkan Ahli Majlis Tertinggi sesi 2012/2013
  • Memperkenalkan pengarah-pengarah & projek-projek persatuan yang bakal dijalankan sepanjang sesi 2012/2013
  • Mengeratkan silatur-rahim di antara mentor dan ahli-ahli persatuan.
Perjumpaan selama hampir satu jam setengah ini dimanfaatkan dengan penerangan mengenai latar belakang persatuan daripada Yang Di Pertua, Ahmad Muaz dan seterusnya sepatah dua kata daripada mentor kesayangan iaitu Prof. Madya Dr Mariani. Dalam ucapan beliau, Dr Mariani menegaskan bahawa penglibatan yang aktif daripada ahli persatuan amatlah digalakkan malah ia akan dapat membantu mahasiswa menimba ilmu pengetahuan yang jarang sekali ada di dalam kuliah dan pengalaman-pengalaman ini adalah kunci kekuatan apabila mahasiswa menempuh alam pekerjaan di luar sana. Mahasiswa perlu bijak menguruskan masa untuk akademik dan juga aktiviti luar. Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang dapat mengimbangi jadual harian mereka malah aktif di dalam akademik dan juga persatuan. Akhir kata daripada beliau ialah agar semua ahli persatuan dapat mengekalkan pencapaian baik di dalam bidang akademik dan juga kecemerlangan persatuan sebagai persatuan yang paling aktif di Universiti Malaya seterusnya menjadi contoh terbaik kepada  masyarakat sekeliling. 

Majlis Tertinggi bersama Mentor persatuan.
Dari kiri : Prof. Madya Dr Mariani, Ahmad Muaz, Siti Amira & Jenny Wong

Sesi memperkenalkan barisan Majlis Eksekutif 2012/2013


Ahli-ahli persatuan yang terdiri daripada tahun 4, 3, 2 dan 1


Menyanyikan lagu kebanggaan; Universiti Malaya


"Badan Cergas, Minda Cerdas"




12.9.12

KAD BAS BARU untuk pelajar UM sesi 2012/2013

Okay ini berkenaan dengan kad bas. Jangan ada yang tercicir untuk ambil di HEP okay :) Apa-apa permasalahan boleh jumpa/hubungi Jawatankuasa di sebelah kanan blog ataupun senior yang dikenali. Good luck ! :)

Sila ambil maklum bahawa bahawa penjualan kad bas bagi Semester 1, Sesi 2012/2013 akan mula dijual mulai 11/9/2012 (Selasa). Bagi pelajar yang berminat menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik (shuttle bus), bayaran akan ditolak dari akaun pelajar dan pelajar perlu mengesahkan untuk menggunakan perkhidmatan ini di Pejabat Am HEP. Perkhidmatan bas ulang-alik (shuttle bus) percuma hanya disediakan sehingga 16/9/2012 sahaja.

MULAI 17/9/2012 pelajar yang tidak mempunyai kad bas tidak dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Pihak HEP telah menyediakan dua (2) jenis kad bas iaitu:-

1) Kad bas untuk 1 semester = RM30.00

Pelajar yang berminat perlu membuat pengesahan di Pejabat Am HEP. Bagi kakitangan UM, pelajar yang TIADA nama dalam sistem, dan program pertukaran pelajar, anda perlu membuat bayaran RM30 secara tunai di kaunter CIMB SAHAJA, No. Akaun : 14400004005053. Resit pembayaran bank perlu dikemukakan ke Pejabat Am HEP untuk mendapatkan kad bas baru.

2) Kupon bas (kupon /per ‘ride’) = RM5 (10 x RM0.50)

Bagi kupon bas, semua pelajar dan kakitangan perlu membuat bayaran minimum RM5 secara tunai di kaunter CIMB SAHAJA No. Akaun : 14400004005053 dan akan mendapat 10 keping kupon. Resit pembayaran yang asli bank perlu dikemukakan ke Pejabat Am, HEP untuk mendapatkan kupon bas. Pembayaran kupon bas ini hanya sah dengan bayaran secara tunai di akaun CIMB SAHAJA. Kupon ini perlu diserahkan kepada pemandu bas semasa menaiki bas dan sekeping kupon hanya sah untuk sekali penggunaan sahaja.
-bahagian hal ehwal pelajar-

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M)

Kepada semua pelajar PAKK dan juga sesiapa :) Ini ada senarai kedai yang terlibat/menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M). Harap-harap dapat membantu sebagai rujukan.

Buku dan alat tulis:
MPH Bookstores
Imlaq Book Centre
BORDERS
RONA
Kiang Trading
Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad

Kelengkapan sukan:
Bata
iFamily
Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
Texline Lino

Klinik / optometri:
Poliklinik An-Nisa’
Qualitas Health
Focus Point
Menara Optometry

Makanan dan minuman:
KFC
Daily Fresh
A&W
Coffee Berry
The Chicken Rice Shop
Restoran Kenny Crab
Sweet Chat
Legend’s Claypot Bariyani House
Dubu Dubu Seoul Food
My Java Coffee
Pancake House International
Station One Cafe
Gloria Jean’s Coffee
Bangi Kopitiam

Hotel dan penginapan:
Ancasa Hotels & Resorts
Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
Jerejak Rainforest Resort Penang
Ancasa Express Pudu
Tune Hotel
Leo Express Hotel
Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
Rakyat Travel SDN BHD

Salun, spa dan pusat kecantikan:
Foot Master
Paris Hill
Proactiv
Clara
Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad

Produk IT:
Koperasi Celcom Berhad
Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad

Lain-lain:
BKZ Bikerz (Motosikal)
Roller Star Arena (Kasut Roda)
Double Site (Helmet / Aksesori Motor)
Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
MYDIN





p/s : Sila manfaatkannya di jalan kebaikan. Hehehe :)

Jasamu dikenang


Hai semua ! Macam mana dengan 2nd day of lectures ? Okay tak ? Hopefully semua okay. Actually entry ini sebagai tanda penghargaan kepada Mantan Majlis Eksekutif bagi sesi 2011/2012.  Berkat usaha kepimpinan daripada mantan Yang Di Pertua iaitu Mohd Zulkaisi dan juga anak-anak buah serta bantuan daripada pelajar-pelajar PAKK sepanjang sesi lepas pelbagai projek dan aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya. Ditambah pula dengan sokongan padu daripada bonda tercinta, Prof Madya Dr Mariani & para pengiring setia PAKK, memang mantaplah segala aktiviti lepas. Hehehe. Walaupun pelbagai halangan dan dugaan yang datang, para pelajar PAKK tetap utuh dan melangkah dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Harapan pada pelajar junior agar dapat menyambung semangat ini dalam menerajui PPAKKUM pada masa sekarang dan masa hadapan. Semoga segala jasa mantan Majlis Eksekutif dijadikan sebagai pemangkin untuk kesinambungan PPAKKUM di masa hadapan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka! Bak kata orang "Tiada yang lama maka tiadalah yang baru." :)


Actually esok akan diadakan perjumpaan senior-junior PPAKKUM. Setelah melalui minggu haluansiswa selama seminggu, junior memulakan kuliah bermula Isnin, 10 Sept. Errr sama juga dengan pelajar senior. Tapi ingin saya kongsikan di sini bahawa ada juga pelajar senior yang tersilap masuk kuliah walaupun sudah hampir 3 tahun di sini. Ada juga yang masuk ke kelas yang tidak didaftarkan kerana main ikut sahaja kawan-kawan tanpa checking jadual sendiri. Haiissshhh macam mana boleh jadi macam ini ? :)


Walau apapun, kemeriahan & kehangatan PAKK semakin dirasai. Dengan projek terdekat yang bakal menyusul adalah Hari Interaksi Senior-Junior PAKK yang akan berlangsung 21-23 Sept. Minggu hadapan saja. Tak lama lagi dah ! Jom ramai-ramai join this projek dan saling kenal mengenali & membantu satu sama lain. Siapa pengarah ? Tempat interaksi di mana ? Aktiviti yang bakal dijalankan ? Kalau nak tahu, nantikan update entry seterusnya..............


Jumpa lagi ! :)
p/s : Check jadual before masuk kuliah!

11.9.12

Selamat Datang Pelajar Junior PAKK sesi 2012/2013

Kami pelajar senior Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya
mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar junior tahun 1 sesi 2012/2013. 

SELAMAT DATANG ADIK-ADIK :)


Ikhlas daripada :

Prof Madya Dr Mariani Md Nor
Pelajar-pelajar Tahun 4


Pelajar-pelajar Tahun 3


Pelajar-pelajar Tahun 2


Jumpa lagi! :)
PAKK cemerlang, gemilang dan terbilang! 


Takwim PPAKKUM 2012/2013


Alhamdulillah. Segala aktiviti pada sesi lepas berjaya dilaksanakan oleh pengarah dan jawatankuasa yang terlibat. Terima kasih dari PPAKKUM kerana anda sentiasa bersama & bekerjasama dalam menjayakan projek-projek yang telah diamanahkan. Tidak lupa kepada bonda tercinta ~ Prof Madya Dr Mariani Md Nor kerana sentiasa bersama kami dalam susah dan senang dan tidak pernah jemu membimbing kami semua. Jasa beliau sentiasa akan berada dalam doa kami semua. InsyaAllah :)


Tidak lupa juga TAHNIAH kepada barisan Majlis Tertinggi dan Exco yang terpilih. Moga pada kali ini kita semua akan membawa PPAKKUM terus cemerlang, gemilang dan terbilang di bawah bimbingan Prof Madya Dr Mariani dan juga Yang Di Pertua Ahmad Muaz Hairi. :)


Takwim PPAKKUM 2012/2013


Selamat Kembali Ke UM

Wow ! Sedar tak sedar sudah habis cuti sesi 2011/2012. Sekarang sudah masuk sesi 2012/2013. Sekejap saja rasanya cuti. Tambah-tambah lagi buat pelajar tahun 3 yang baru sahaja selesai Latihan Ilmiah pada Jun-Ogos lepas. Dan sekalung tahniah buat pelajar tahun 4 yang sekarang menunggu hari besar mereka iaitu HARI GRADUASI yang akan berlangsung pada Oktober ini. Tidak lama lagi mereka adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Malaya... Wah! Bangganya! Tahniah sekali lagi yea kakak-kakak dan abang-abang.

Oh ya hari ini adalah hari pertama kuliah dan kebanyakan pelajar masih dalam mood raya atau cuti. Masing-masing berkongsi cerita mengenai hari raya, kuih raya, baju raya, kasut raya, tudung raya, tunang raya, baby raya, suami raya... Oppssss! Heheh macam-macamlah cerita yang ada. Dataran C yang sunyi sepi semasa cuti sesi kini seperti berpesta sebab di situ memang tempat kami pelajar Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) lepak dan menghabiskan masa jika tiada kuliah. Di Dataran C juga kami selalu mengadakan perbincangan mengenai tugasan kuliah malah ia berdekatan dengan perpustakaan fakulti dan juga cafe. :)

Ermmm anda bagaimana ? Buat semua pelajar IPTA & IPTS khususnya yang mengambil bidang PAKK, SELAMAT KEMBALI KE UNIVERSITI. Kami PPAKKUM mengucapkan semoga berjaya dan sihat selalu untuk semester baru ini dan hari-hari yang mendatang.

Jumpa lagi! :)

10.9.12

Latihan Mengajar 2011/2012

Tahniah kepada semua pelajar batch 2008/2009 dan 2009/2010 yang berjaya menamatkan Latihan Mengajar (LM) yang bermula pada 26 June hingga 17 Ogos 2012. Selama 8 minggu para pelajar mengharungi kehidupan sebagai seorang pendidik awal kanak-kanak di tadika-tadika yang terpilih sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Kesemua pelajar yang terlibat telah ditempatkan secara berpasangan dengan bertujuan untuk melancarkan segala urusan mereka sepanjang LM. Mereka juga diletakkan di bawah bimbingan penyelia-penyelia yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini. Setiap pelajar dikehendaki menyediakan rancangan pengajaran, portfolio harian dan kajian kes sebagai tugasan LM.

Melalui LM ini, ia dapat menguji keupayaan sebenar para pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar juga berpeluang untuk bersama-sama kanak-kanak dan mengaplikasikan segala ilmu yang telah dicurahkan semasa di dalam kelas.

Sekali lagi, tahniah kepada semua yang berjaya mengharungi LM pada kali ini!