28.3.11

HARI GRADUASI

Hari graduasi senior-senior PAKK disambut dengan meriah sekali oleh junior-junior PAKK. Setiap tahun sambutan ini diadakan untuk meraikan senior-senior PAKK yang telah berjaya meraih ijazah masing masing. Kejayaan mereka menjadi semangat untuk junior untuk belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan yang telah dimiliki oleh senior-senior.




Menjadi tradisi pelajar tahun pertama akan  mereka satu "cheers" untuk menyambut senior keluar daripada Dewan Tunku Canselor. Turut hadir meraikan kejayaan senior-senior PAKK adalah mentor persatuan iaitu Prof. Madya Dr. Mariani Md Noor.

Sekali lagi.. TAHNIAH!

27.3.11

MAJLIS BERBUKA PUASA

Majlis berbuka puasa kali ini menjemput kanak-kanak dari pusat perlindungan PERNIM. Rumah anak yatim ini menempatkan kanak-kanak yang menghidapi HIV dan juga kanak-kanak normal. Pengasas pusat ini ialah Pn. Norlina Alawi.

Ahli persatuan dapat melihat sendiri dan bergaul dengan kanak-kanak dari PERNIM. ini adalah pengalaman yang berharga bagi setiap ahli yang hadir. setiap ahli persatuan perlu diberi pendedahan seperti ini supaya dapat mengetahui sedikit sebanyak keadaan berdepan dengan keadaan sebenar semasa praktikal nanti.

disini disertakan sedikit gambar semasa majlis diadakan.



26.3.11

INTERAKSI SENIOR JUNIOR

program interaksi senior junior adalah program wajib yang diadakan setiap tahun untuk merapatkan hubungan di antara senior dan junior pendidikan awal kanak-kanak. Pada tahun ini, program ini diadakan di KELA, Pahang.

antara aktiviti yang dijalankan di sana adalah berakit, fying fox, night walk dan sebagainya. diharap dengan aktiviti seumpama ini akan mengeratkan lagi silaturrahim diantara semua ahli persatuan pendidikan awal kanak-kanak.

berikut adalah antara kenangan di sana.